GUA MUSANG – Seorang ibu tunggal sedih memikirkan nasib anak yang sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas terjatuh ketika menaiki basikal. Ruzaini Bakar, 47, berkata, anak lelaki bongsunya, Muhammad Hassif Daneal Muhammad Sofian, 12, yang bakal mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak sedarkan diri selepas kejadian hampir dua minggu lalu. Katanya, kejadian itu berlaku berhampiran rumahnya di Taman Wangsa Mewangi, Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 5 petang pada 17 Julai lalu. “Selepas kelas mengaji Al-Quran, Muhammad Hassif Daneal mengayuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya