Ibu-bapa serah anak ketagih pil kuda kepada AADK - Utusan Malaysia

Ibu-bapa serah anak ketagih pil kuda kepada AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Akibat tidak mampu mengawal anak mereka yang ketagihan pil kuda, dua pasangan ibu-bapa bertindak menyerahkan anak masing-masing yang berusia 14 tahun dan 17 tahun kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut hari ini.

Kedua-dua ibu-bapa berkenaan secara sukarela tampil ke Pejabat AADK Besut di Kampung Raja di sini untuk menyerahkan anak mereka bagi dihantar ke pusat pemulihan sekali gus menjalani kehidupan baharu.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, dua penjaga tersebut mendedahkan anak mereka sering tidak pulang ke rumah sejak terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kedua-dua remaja yang ketagihan pil kuda selama tiga bulan dan setahun itu memaklumkan mereka terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan setelah tercicir daripada persekolahan.

“Sikap dan tindakan kedua penjaga berkenaan harus dipuji serta dicontohi oleh ibu-bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak yang terlibat dengan dadah,” katanya.

Kedua-dua remaja itu akan menjalani rawatan pemulihan di bawah Seksyen 8 (3) (a) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan dihantar ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Karangan, Kedah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini