Hoki dalam dewan negara selangkah ke Piala Dunia 2021 - Utusan Malaysia

Hoki dalam dewan negara selangkah ke Piala Dunia 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasukan hoki lelaki dalam dewan negara kini semakin hampir meraih slot ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2021 buat kali pertama apabila melangkah ke saingan separuh akhir Piala Asia Dalam Dewan 2019 di Chonburi, malam tadi.

Hanya dua pasukan terbaik yang berjaya melangkah ke saingan akhir akan memperoleh slot ke Piala Dunia 2021.

Malaysia mara ke saingan separuh akhir, selepas mengalahkan Thailand 2-1.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malam ini skuad hoki dalam dewan lelaki negara di jadual menentang pasukan teratas Kumpulan B, Kazakhstan bagi memburu slot ke saingan akhir.

Sementara pasukan wanita yang layak ke separuh akhir selepas menduduki tempat kedua Kumpulan B semalam, juga akan berhadapan pasukan wanita dari negara yang sama.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara tidak pernah layak bermain dalam Piala Dunia Dalam Dewan sejak piala empat tahun sekali itu diperkenalkan pada 2003. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini