LONDON – Theo Hernandez lulus pemeriksaan kesihatan di AC Milan dan bersedia untuk menyertai kelab Itali itu dengan nilai 17 juta pound (RM88 juta) dari Real Madrid.
Pertahanan Sepanyol itu menyertai Real dari seteru utamanya, Atletico Madrid dua tahun lalu dengan nilai 26 juta pound (RM135 juta) bagaimanapun gagal menonjalkan diri memandangkan menerima saingan hebat daripada Marcelo di posisi pertahanan kiri.
Hernandez akan menyertai pasukan Serie A itu dengan kontrak lima tahun.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dia hanya beraksi lima perlawanan bersama Real pada musim pertamanya bersama Real sebelum dipinjamkan kepada Real Sociedad pada musim lalu. – AGENSI











