Henti kaitkan punca kematian seorang wanita dengan pencemaran - Utusan Malaysia

Henti kaitkan punca kematian seorang wanita dengan pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 Julai – Serangan bertali arus pihak-pihak tertentu yang ditujukan kepada Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkenaan kematian seorang wanita dikaitkan dengan pencemaran di Pasir Gudang adalah tidak wajar dan berniat jahat sama sekali.

Pengarah Media Bersatu Negeri Johor, Uzzair Ismail berkata, Menteri Besar itu bersama-sama agensi kerajaan terlibat termasuk barisan kemimpinanya telah melakukan yang terbaik demi kejayaan dan kebajikan negeri ini dan rakyatnya.

Beliau yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Memuatkan artikel berkaitan…

(Bersatu) Bahagian Sekijang berkata, Bersatu Johor kesal dengan beberapa media sosial media pro pembangkang yang memfitnah kononnya kematian wanita itu berpunca dari pencemaran toksik di Pasir Gudang dan memanipulasi kejadian itu dengan menyalahkan kerajaan negeri.

“Laporan Doktor dan kenyataan suami mangsa, kematian itu disebabkan faktor lain. Bersatu Johor mohon agar segala tomahan dan fitnah ini dihentikan serta-merta dan menghormati keluarga mangsa. Janganlah dikaitkan lagi dengan perkara-perkara yang menimbulkan persepsi yang kurang sihat.

“Sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar, prestasi Dr. Sahruddin sangat cemerlang dalam membawa negeri johor ke arah negeri yang cemerlang dan terbilang.

“Mandat rakyat lebih penting daripada melayan segala tomahan tidak berasas dan rakyat seharusnya memandang terus ke hadapan, memberikan ruang dan sokongan seluas-luasnya kepada beliau untuk mengemudi pentadbiran Johor ke tahap lebih baik demi negeri Johor dan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang penduduk, Marini Kasman, 38, dari Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang meninggal dunia dan kematiannya dikaitkan berpunca daripada pencemaran toksik di Sungai Kim Kim.

Bagaimanapun suami wanita terbabit tampil dan menafikan dakwaan tersebut sebelum membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Pasir Gudang pada pukul 6.59 petang semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini