Hendrawan fokus Piala Thomas, Olimpik 2020 - Utusan Malaysia

Hendrawan fokus Piala Thomas, Olimpik 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan mahu memberi fokus sepenuhnya untuk mempersiapkan pemain di bawah kendaliannya bagi mendepani cabaran Piala Thomas dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dia yang kini bertanggungjawab mengendalikan Lee Zii Jia, Soong Joo Ven, Cheam June Wei serta Lim Chong King mahu meningkatkan kefahaman setiap pemain mengenai komitmen mereka.

Katanya, Piala Thomas juga antara kejohanan yang sangat penting dan selama ini Malaysia hanya mengharapkan Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia memberitahu, dalam keadaan sekarang, dia perlu mempersiapkan tiga atau empat pemain perseorangan untuk menggalas cabaran di dalam Piala Thomas selain Sukan Olimpik.

“Piala Thomas juga penting, selama ini kita selalu mengharap Chong Wei yang luar biasa atau boleh dikatakan sebagai legenda.

“Mungkin tiga atau empat pemain ini tidak boleh mencapai tahap Chong Wei tetapi saya akan berusaha untuk membolehkan mereka memberikan mata di Piala Thomas.

“Mereka ini sudah ada standard permainan cuma masih ada turun naik. Cuma perlu tingkatkan kematangan permainan mereka sahaja,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini