PETALING JAYA – Hasrat seorang wanita yang sarat mengandung untuk makan pulut berintikan kelapa dan ikan masin tidak kesampaian apabila maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas struktur tangga sebuah rumah dua tingkat runtuh di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh dekat sini, hari ini. Wan Hasheliza Wan Ibrahim dan suaminya Shahril Apipie Mokhtar masing-masing berusia 29 tahun maut bersama jiran mereka iaitu Mohd. Radezi Abdul Aziz, 35, dan lelaki warga Indonesia…










