Haid banyak selepas bersalin - Utusan Malaysia

Haid banyak selepas bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saya berusia 29 tahun dan telah berkahwin selama satu setengah tahun. Saya bersalin pada 24 Disember 2018 tetapi bayi saya tidak dapat diselamatkan. Saya musykil kerana darah haid saya selepas bersalin terlalu banyak dan lama. Adakah ia normal?

JAWAPAN

Salam takziah daripada saya kepada puan kerana telah kehilangan bayi setelah melalui saat kelahiran. Saya kagum dengan Puan kerana menitikberatkan penjagaan kesihatan dan prihatin dengan perkembangan tubuh setelah melalui proses melahirkan bayi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya tidak pasti sama ada bayi yang dilahirkan puan melalui proses kehamilan normal atau pembedahan. Sekiranya kaedah normal, darah nifas yang keluar adalah antara 30 hingga 42 hari. Namun jika melalui pembedahan, tempohnya lebih singkat iaitu antara 14 hingga 30 hari. Sekiranya darah tersebut melebihi 60 hari, pemeriksaan lanjut diperlukan untuk memastikan Puan tidak mempunyai sebarang isu kesihatan yang lain.

Antara pemeriksaan yang akan dijalankan oleh pakar perubatan adalah seperti berikut:

A. Imbasan ultra untuk memeriksa keadaan rahim dan memastikan tiada sisa uri di dalam rahim.

  • Sekiranya tiada sebarang uri dan rahim adalah bersih, kemungkinan puan akan diberikan antibiotik yang bersesuaian untuk memastikan tiada jangkitan kuman yang menyebabkan pendarahan berterusan berlaku dan doktor akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Jika terdapat sisa uri yang masih tertinggal, doktor akan mencadangkan untuk proses seperti mengalami keguguran yang dikenali sebagai suction and curettage (S&C). Setelah proses S&C dilakukan, Puan akan diminta hadir semula berjumpa pakar perubatan untuk memastikan rahim telah bersih daripada sisa uri serta pendarahan telah berhenti.

Proses ini penting kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman, tumpah darah serta anemia kerana kehilangan darah dalam waktu yang lama.

  • Jika telah disahkan puan tiada sebarang isu kesihatan yang lain, namun masih mengalami pendarahan yang abnormal seperti yang dialami, kemungkinan puan mengalami menorrhagia. Menorrhagia adalah istilah perubatan untuk tempoh haid dengan pendarahan luar biasa dan berpanjangan. Walaupun pendarahan haid ‘berat’ adalah kebimbangan umum, namun kebanyakan wanita tidak mengalami kehilangan darah yang cukup teruk untuk ditakrifkan sebagai menorrhagia.

Tanda-tanda menorrhagia mungkin termasuk:

  • Menggunakan satu atau lebih tuala wanita setiap jam untuk beberapa jam seterusnya.
  • Perlu menggunakan tuala wanita yang tebal untuk mengawal aliran haid.
  • Perlu bangun untuk menukar tuala wanita pada waktu malam.
  • Pendarahan selama lebih daripada seminggu.
  • Ketulan darah keluar lebih besar daripada seperempat.
  • Terpaksa mengehadkan aktiviti harian disebabkan kitaran haid yang berat.
  • Gejala anemia seperti keletihan, susah nafas, hilang fokus atau tumpuan, pening kepala dan kelesuan adalah tanda-tanda yang perlu dititikberatkan.

Dalam beberapa kes, punca pendarahan haid yang banyak tidak diketahui, tetapi beberapa keadaan boleh menyebabkan menorrhagia. Antaranya adalah ketidakseimbangan hormon. Dalam kitaran haid yang normal, keseimbangan antara hormon estrogen dan progesteron mengawal pembentukan lapisan rahim (endometrium) yang menyebabkan kitaran haid yang tetap. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium berkembang lebih dan akhirnya menyebabkan pendarahan haid yang berat.

Saya syorkan puan segera mendapatkan pemeriksaan doktor dan semoga Puan dapat hamil semula dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini