KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan persatuan teater akan berentap bagi merebut gelaran juara Gelanggang Teater (Kota Seni PJ) yang akan diadakan di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya ( MBPJ) pada 21 hingga 25 Ogos ini.
MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, pertandingan yang akan bermula pada pukul 8.30 malam itu memberi peluang kepada semua penggiat teater untuk berkarya.
“Melalui pertandingan ini mereka dapat menampilkan idea baharu yang mampu mengangkat dan membangunkan teater sekali gus berkongsi dengan masyarakat.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan pementasan teater pada kali ini kerana ia lebih menarik dan tidak pernah dipentaskan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE











