LONDON – Pemain tenis sensasi, Coco Gauff tidak percaya sama ada nasib atau takdir yang menjadi punca kepada kemenangannya di Wimbledon sebaliknya kejayaan tersebut hadir menerusi bakat yang dimilikinya.
Pemain berusia 15 tahun itu masih belum menunjukkan persembahan sebenarnya namun dia mempamerkan aksi bertenaga apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Polona Hercog dari Slovenia dengan kemenangan 3-6, 7-6 (9/7), 7-5 dalam pertarungan kurang tiga jam.
Gauff melompat keriangan dengan kemenangan tersebut bakal bekas pemain No. 1 dunia, Simona Halep di pusingan keempat, Isnin ini.
“Saya tidak percaya kepada nasib dan takdir. Saya rasa seperti anda mampu mengubah dunia anda sendiri. Adakalnya, nasib bukan sesuatu perkara yang baik.
“Saya cuba untuk tidak berfikir bahawa kejayaan ini adalah disebabkan takdir atau apa sahaja,” katanya.
Gauff merupakan pemain termuda untuk mara ke undian utama dalam perseorangan wanita berkata keputusan negatif akan dicatatkan jika dia berasa kemenangannya itu didorong oleh takdir. – AFP










