ABUJA 8 Julai – Gajah liar yang menghuni hutan Omo di sini berdepan kepupusan ekoran aktiviti manusia.
Lapor Afrika News, hutan tersebut, yang terletak 100 kilometer dari Lagos dihuni kira-kira 100 ekor gajah liar.
Penyelidik biologi haiwan, Joy Adeosun berkata aktiviti manusia secara berterusan mengancam kehidupan haiwan malang itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kegiatan manusia contoh seperti pertanian mengganggu kehidupan gajah di sini. Mereka tidak selesa dengan kehadiran manusia dan kerana itu melarikan diri ke kawasan lain,” katanya.- AGENSI











