KUALA LUMPUR – Orang ramai terutamanya kumpulan nasyid di sekitar Petaling Jaya berpeluang merebut hadiah wang tunai sebanyak RM14,000 dalam pertandingan Festival Nasyid PJ 2019 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, pertandingan nasyid kategori terbuka itu akan diadakan secara saringan dan peringkat akhir.
“Pertandingan akhir akan diadakan di Auditorium Dewan Sivik MBPJ pada 17 Ogos ini pukul 8.30 malam.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Diharapkan orang ramai tidak akan melepaskan peluang ini dan mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran di di laman web http://kotasenipj.mbpj.gov.my sebelum 1 Ogos ini pukul 5 petang,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE











