Fenomena kedai RM2 - Utusan Malaysia

Fenomena kedai RM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
Apabila
menyebut kedai harga murah, penulis membayangkan kedai RM2.00 yang telah menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat kini.

Walaupun telah lama wujud kedai RM2.00, fenomena kedai harga murah ini telah kembali dan penjenamaan semula telah menjadikan kedai harga murah ini meniti dari bibir ke bibir.

Jika diperhatikan di Malaysia sahaja kita ada pelbagai kedai harga murah dengan jenama masing-masing. Antaranya kedai Eco Shop, Ninso dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aktiviti pemasaran yang baik membantu meningkatkan lagi jenama kedai harga murah. Produk yang dijual datang dari pelbagai jenis dan kategori bermula dari permainan kanak-kanak, barangan dapur ibu-ibu sehingga ke barangan keperluan rumah, makanan dan lain-lain.

Dengan harga mampu milik iaitu RM2.00 setiap barang, pasti kedai harga murah ini menjadi popular baik kanak-kanak sehingga dewasa.

Selain dari itu, harga yang berpatutan menjadikan kedai harga murah ini sering menjadi pilihan dan bualan masyarakat.

Perhatikan sahaja semasa sambutan hari guru, kedai harga murah sering menjadi pilihan anak-anak dan ibu bapa untuk membeli hadiah untuk guru. Barangan yang dijual juga menarik dan sesuai dibuat cenderahati juga hadiah.

Jika diperhatikan sejak akhir-akhir ini kedai harga murah pelbagai jenama tumbuh bak cendawan epas hujan.

Kedudukan lokasi kedai ini yang amat strategik menjadikan kedai harga murah ini menjadi pilihan masyarakat.

Strategi pemasaran yang baik serta pilihan produk mesra pelanggan dan pelbagai guna menjadikan kedai ini pilihan ramai. Ungkapan ‘kedai berhantu’ juga membuatkan masyarakat teruja dan ingin membeli-belah di sini.

Oleh itu jika anda ke sini, pasti tidak pulang dengan tangan kosong kerana terdapat pelbagai pilihan barangan yang amat sesuai untuk semua golongan.

NOREEN NOOR ABD.AZIZ

Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini