Fazriq lebih ideal dalam perseorangan - Utusan Malaysia

Fazriq lebih ideal dalam perseorangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek percaya juara berganda Sirkit Remaja Kebangsaan, Muhammad Fazriq Mohamad Razif memiliki keupayaan untuk terus cemerlang dalam acara perseorangan lelaki.

Muhammad Fazriq yang juga anak kepada legenda beregu lelaki negara, Datuk Razif Sidek beraksi cemerlang apabila merangkul kejuaraan dalam acara perseorangan dan beregu lelaki bawah 16 tahun yang berlangsung di Seremban, semalam.

Misbun yang juga ketua jurulatih perseorangan negara mengakui anak saudaranya itu memiliki bakat besar dalam sukan itu terutama selepas merangkul dua kejuaraan dalam satu kejohanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, buat masa sekarang Muhammad Fazriq boleh terus beraksi dalam dua acara tetapi apabila tiba masanya, dia perlu memilih salah satu acara sahaja.

“Sebelum ini, saya juga pernah menjadi juara di peringkat negeri dan kebangsaan dalam acara beregu lelaki namun memilih untuk beraksi dalam acara perseorangan.

“Buat masa sekarang, dia boleh beraksi dalam kedua-dua acara tetapi sampai satu masa biar dia pilih kerana keperluan kejohanan pada masa kini sangat tinggi dan sukar untuk dia membahagikan kudratnya.

“Saya nampak, dia lebih menjurus ke arah perseorangan terutama dari segi permainan, karismanya dan beberapa perkara lain tetapi biar dia main dalam dua-dua acara sekarang ini supaya dia tahu macam mana untuk bertahan, lakukan hantaran dan sebagainya kerana teknik dalam beregu juga boleh digunakan dalam acara perseorangan,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini