F1: GP Australia kekal di Melbourne hingga 2025 - Utusan Malaysia

F1: GP Australia kekal di Melbourne hingga 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix Australia kekal di Melbourne sehingga 2025, umum pemegang hak penganjuran F1 di sini awal hari ini.

Ini bermakna, Litar Albert Park menjadi venue kedua F1 yang menyambung kontraknya selepas Litar Silverstone di GP British melakukan perkara yang sama minggu lalu. Bagaimanapun Litar Silverstone hanya menganjurkannya sehingga 2024.

Sebagai rekod, Melbourne mula menjadi penganjur salah satu perlumbaan F1 sejak musim 1996 tetapi hanya mula menjadi perlumbaan pembuka tirai setiap musim sejak 2010, biasanya pada bulan Mac. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini