Empat ditahan, dadah lebih RM200,000 dirampas - Utusan Malaysia

Empat ditahan, dadah lebih RM200,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita warga China yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar bandar ini menerusi serbuan di sebuah rumah di Lorong Wong King Huo, Miri, Sarawak, semalam.

Memetik laporan Utusan Borneo, operasi itu dibuat oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Kontinjen Sarawak sekitar pukul 11.45 pagi selepas menjalankan risikal awal.

Ketua JSJN Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, dalam serbuan terbabit polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM229,410.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dadah yang dirampas ialah syabu dengan berat kasar 547 gram, erimin 5 dengan berat kasar 899 gram (300 papan), ketamin (543 gram) dan 75 biji (22 gram) ekstasi.

“Polis turut menyita dua buah kereta, seutas rantai emas, seutas gelang emas dan wang kertas pelbagai not, anggaran jumlah keseluruhan nilai sitaan kira-kira RM78,690,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sahar memklumkan, aktiviti pengedaran dadah dipercayai bermula pada awal tahun lalu di sekitar daerah Sibu.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek didapati negatif dadah. Semakan rekod jenayah lampau turut mendapati suspek lelaki berusia 25 tahun yang juga penganggur pernah satu kali ditahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini