SHANGHAI – Penyerang Itali, Stephan El Shaarawy bersetuju untuk menyertai kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua, 10 hari selepas dia dilaporkan mahu kekal di Roma.
Bagaimanapun syarat dan terma perpindahan tersebut tidak didedahkan tetapi difahamkan El Shaarawy bakal menerima gaji lumayan sebanyak 15 hingga 16 juta euro (RM69 hingga RM74 juta) setahun manakala Roma akan memperoleh yuran perpindahan 20 juta euro (RM93 juta) menurut Transfermarkt.com.
Menurut media Itali, Sky Sport Italia memberitahu pada hujung bulan lalu, El Shaarawy menolak tawaran Shenhua.
Pemain berusia 26 tahun itu yang lebih dikenali The Pharoah kerana berketurunan dari Mesir mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Roma selepas menyertai kelab Serie A itu dari AC Milan setelah tempoh pinjamannya di Monaco tamat. – AFP











