Dua remaja kaki pil kuda serah diri kepada AADK Besut - Utusan Malaysia

Dua remaja kaki pil kuda serah diri kepada AADK Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Dua remaja yang mengaku terjebak dalam aktiviti penagihan dadah memilih untuk ‘menyerah diri’ dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut dekat sini hari ini.

Kedua-dua remaja lelaki yang masing-masing berusia 14 tahun dan 17 tahun itu bertindak demikian atas dorongan keluarga masing-masing.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, berdasarkan keterangan dua remaja lelaki terbabit, mereka masing-masing terjebak dalam penagihan dadah jenis pil kuda sejak tiga bulan dan setahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka yang keciciran persekolahan mendakwa mula terlibat dengan pil kuda selepas terpengaruh dengan rakan sebaya sehingga menyebabkan kehidupan mereka terabai termasuk jarang pulang ke rumah.

“Penjaga masing-masing yang kecewa dan sudah tidak tahan dengan perangai anak mereka memilih menyerahkan remaja itu kepada AADK Besut bagi membetulkan kembali keadaan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Noor Hafizza berkata, tindakan kedua-dua penjaga terbabit harus dipuji dan harus dicontohi ibubapa lain yang mempunyai anak-anak yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini