Diam lebih selamat - Utusan Malaysia

Diam lebih selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIA tidak pernah habis dengan kisah panas dan sensasi. Ada sahaja hal kontroversi tentang si jelita berbibir cantik mungil ini.

Tidak adil rasanya kalau ramai yang lebih mengingati siapa Syakila Nisha Jangir Khan, 27, atau Kilafairy kerana kisah kontroversi dan bentuk tubuh seksinya berbanding bakatnya.

Namun, bagi anak bongsu kepada penyanyi veteran terkenal Rohana Jalil ini, dia sudah lali dengan segala kritikan negatif yang dilemparkan warganet dan enggan mengambil serius tentang setiap perkara yang diperkatakan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak pernah ambil kisah mengenai komen warganet, malah saya tidak pernah membaca komen mereka. Terpulang kepada mereka nak kata apa, saya tidak menyekat mereka, namun saya tidak mahu membacanya.

“Saya berbuat begini kerana tidak mahu sesuatu isu itu terus diperkatakan. Keluarga nasihatkan saya supaya berdiam diri sahaja, lama-lama perkara ini akan senyap sendiri,” jelas Kilafairy.

Didakwa ditaja oleh orang kenamaan atas sebab sering menghadiri majlis-majlis keraian besar di dalam dan luar negara, jelas Kilafairy, itu semua fitnah semata-mata.

“Tiada siapa yang taja, sebenarnya semua acara dan majlis yang saya hadiri mewakili Malaysia dan dibayar sepenuhnya oleh syarikat yang membawa kami ke sana.

“Kita tidak boleh tutup mulut orang sebab mereka tetap akan cakap apa yang mereka mahukan, tapi selagi ibu bapa saya tahu perkara sebenar, saya tidak akan peduli kata-kata mereka,” luahnya kesal.

Terbaru, Kilafairy muncul dengan produk kesihatan, Kilafit dalam usaha membantu masyarakat di luar sana mendapatkan tubuh badan sihat dan menawan.

Akur pasti ada skeptikal yang membandingkan dirinya yang sudah berbadan langsing dan menjual produk seperti Kilafit, Kilafairy terbuka dalam hal itu.

“Seperti biasa ada yang akan cakap saya guna pengaruh semata-mata untuk menjual produk ini. Hakikatnya mereka tidak tahu saya juga bergelut dengan masalah berat badan.

“Saya pun seperti orang lain juga yang rasa malu hendak muat naik gambar masa badan berisi. Namun, sesekali muat naik gambar berisi, ramai yang tak percaya. Orang di luar sana termasuk warganet akan andai itu dan ini.

“Saya tak boleh paksa mereka percaya pada saya. Berat badan saya tak boleh melebihi 50 kilogram. Kalau lebih angka itu, pipi akan nampak ketara naik. Saya akui pernah ikuti cara diet yang salah hingga memberi kesan sampingan,” jelas Kilafairy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini