'Dendam itu Merosakkan' tawan hati juri - Utusan Malaysia

‘Dendam itu Merosakkan’ tawan hati juri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur berjaya dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Erwin Khaiul Ahmad berkata, wakil daripada sekolah dianggotai lima pelajar yang mempersembahkan sketsa bertajuk ‘Dendam Itu Merosakkan’ dijangka akan mewakili Kuala Lumpur dalam pertandingan peringkat kebangsaan akhir bulan ini.

“Pertandingan peringkat kebangsaan akan diadakan pada 26 hingga 28 Julai di Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ Kita mahu pelajar-pelajar dan guru agar memahami dan menghayati Rukun Negara dalam bentuk penceritaan bagi membentuk minda pelajar tentang semangat perpaduan dan patriotik supaya cintakan negara” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini