BEIJING 8 Julai – China mendakwa ‘pembulian unilateral’ oleh Amerika Syarikat (AS) menjadi punca ketegangan krisis nuklear Iran hari ini.
Jurucakap Kementerian Luarnya, Geng Shuang berkata, fakta menunjukkan pembulian unilateral telah menjadi barah yang makin teruk.
“Tekanan maksiumum dibuat AS terhadap Iran menjadi punca utama krisis nuklear Iran,” katanya dalam taklimat media.
Memuatkan artikel berkaitan…
Semalam, Iran mengancam untuk meninggalkan komitmen dalam perjanjian nuklear 2015 melainkan penyelesaian ditemukan bersama parti lain selepas AS menarik diri. – AFP











