Chile mahu tinggalkan legasi - Utusan Malaysia

Chile mahu tinggalkan legasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAZIL – Pemain tengah Chile, Arturo Vidal berkata, pasukannya bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Copa America sekali gus mencipta sejarah tersendiri apabila bertemu Peru dalam aksi separuh akhir kejohanan, Khamis ini.

Chile memenangi Copa America dua kali berturut-turut pada 2015 dan 2016 memburu trofi buat kali ketiga untuk menyamai rekod Argentina yang melakukannya dari 1945 hingga 1947.

“Kami mahu meninggalkan legasi sebagai juara bertahan tiga berturut-turut, itu impian kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab itu kami akan berjuang habis-habisan menentang Peru. Ini akan menjadi detik bersejarah untuk kami memandangkan final adalah sasaran kami,” kata Vidal.

Chile bertemu Peru pada separuh akhir 2015 dan mereka memenanginya 2-1 di laman sendiri sebelum menundukkan Argentina menerusi penentuan penalti sekali gus menjulang trofi Copa America buat kali pertama.

“Kami perlu bermain dengan sempurna. Peru mempunyai kerjasama yang bagus dan mereka bermain seakan-akan Colombia dan pastinya pertemuan menentang Peru bakal menjadi aksi yang menarik,” kata Vidal lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini