KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada akhir dagangan pagi hari ini berbanding prestasi bursa-bursa lain di Asia. Seorang peniaga berkata, pelabur masih menilai data perdagangan Mei 2019 yang baru dikeluarkan, yang menunjukkan eksport negara berkembang 2.5 peratus tahun ke tahun kepada RM84.15 bilion. Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.97 mata kepada 1,689.08 berbanding 1,690.05 pada penutupan. Indeks bergerak antara 1,686.44 dan 1,690.81 pada sesi pagi. Kedudukan pasaran positif dengan 380 kaunter untung berbanding 313 kaunter rugi, manakala 370 kaunter…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya