KUALA LUMPUR 15 Julai – Indeks penanda aras susut 0.11 peratus selepas kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) China disiarkan awal hari ini, mencerminkan ketidaktentuan luar negara yang semakin meningkat, sekali gus melemahkan sentimen pelabur. Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.77 mata kepada 1,667.68 berbanding 1,669.45 pada penutupan Jumaat. Indeks bergerak antara 1,664.38 dan 1,670.72 sepanjang sesi pagi. Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 428 berbanding 287, manakala 384 kaunter tidak berubah, 750 tidak diniagakan dan 19…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya