Bursa Malaysia ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Bursa Malaysia melonjak semula untuk ditutup tinggi hari ini dalam keadaan peningkatan harga yang berterusan sejak minggu sebelumnya, kata peniaga.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.92 mata atau 0.17 peratus kepada 1,672.37 berbanding 1,669.45 pada paras penutup Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 0.95 mata lebih tinggi kepada 1,670.59 pada awal dagangan hari ini dan bergerak antara paras 1,664.38 dan 1,672.37 sepanjang hari dagangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pergerakan keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 469 berbanding 374 manakala 406 kaunter tidak berubah, 600 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Penganalisis Maybank IB Research, Nik Ihsan Raja Abdullah memberi tahu Bernama prestasi lemah pada sesi pagi dipengaruhi oleh saham perbankan berkaitan indeks yang membentuk 30 peratus daripada komponen indeks.

Antara saham perbankan yang berada di bawah tekanan ialah Maybank, CIMB dan Hong Leong Financial Group yang turun dua sen setiap satu masing-masing kepada RM8.90, RM5.18 dan RM18.76 manakala AMMB susut satu sen kepada RM4.30.

Belian minit-minit akhir membantu TNB ditutup tinggi naik 20 sen kepada RM13.88, Genting meningkat 10 sen kepada RM3.39, Maxis menokok lima sen kepada RM5.68 dan Dialog menambah enam sen kepada RM3.44.

Dalam kalangan saham rugi, Dutch Lady turun 40 sen kepada RM63.60, Panasonic susut 30 sen kepada RM40.20, KESM jatuh 21 sen kepada RM8.08, Sam Engineering dan Y&G berkurangan 18 sen masing-masing kepada RM8.10 dan 73 sen. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini