Budak sekolah tewaskan Venus di Wimbledon - Utusan Malaysia

Budak sekolah tewaskan Venus di Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain berusia 15 tahun Cori Gauff mencipta kejutan besar di Wimbledon apabila menewaskan juara lima kali Venus Williams pada hari pertama kejohanan di All England Club.

Turut tersingkir awal di kejohanan elit itu adalah pemain No.2 dunia Naomi Osaka dan beberapa bintang lain seperti Alexander Zverev dan Stefanos Tsitsipas.

Kemenangan itu menyaksikan Gauff muncul pemain termuda yang layak ke kejohanan elit itu, meskipun bermula agak gemuruh pada awal permainan apabila gagal memanfaatkan tiga mata akhir sebelum menang dalam aksi sengit 6-4, 6-4, awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pertarungan itu, Gauff hanya melakukan lapan kesilapan berbanding Venus,39, telah melakukan 25 kesilapan yang menyaksikan kekalahan kedua buat pemain veteran Amerika Syarikat itu di pusingan pertama Wimbledon sejak kali terakhir pada 1997.

Venus menang dua daripada lima gelaran Wimbledon miliknya ketika Cori dilahirkan pada 2004 tetapi pemain remaja itu tidak menghiraukan reputasi lawannya itu.

“Ini kali pertama saya mengalirkan air mata selepas menang perlawanan. Ketika kami bersalaman, Venus mengucapkan tahniah dan berharap saya terus berjaya selepas ini.

“Saya pula berterima kasih di atas apa yang dia lakukan untuk saya,” kata Gauff yang menduduki ranking ke-313 yang mula berjinak dengan tenis selepas mendapat galakan daripada Venus dan Serena Williams.

Bintang Jepun, Naomi tewas 7-6 (7/4), 6-2 tewas kepada pemain ranking 39, Yulia Putintseva dari Kazakhstan yang menewaskan pemain nombor dua dunia itu di Birmingham dua minggu lalu.

Pilihan keenam dari Jerman, Zverev, 22, tewas 4-6, 6-3, 6-2, 7-5 kepada pemain kelayakan dari Czech, Jiri Vesely yang menduduki ranking ke-124 dunia.

Dalam pada itu, Tsitsipas yang berusia 20 tahun dikejutkan dengan kekalahan 6-4, 3-6, 6-4, 6-7 (8/10), 6-3 kepada pemain nombor 89 dunia, Thomas Fabbiano dari Itali. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini