Bahagian 1 – SIAPA yang tidak kenal dengan penjenayah era 70-an, Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin yang terlibat dalam kes rompakan bersiri ala ‘Robin Hood’ terbesar di negara ini. Nama Botak Chin merujuk kepada gabungan tiga perkataan ‘Bo Tak Chin‘ dalam dialek Hokkien yang membawa maksud ‘Cina tiada kerja’. Botak Chin menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dipercayai mendalangi beberapa kejadian rompakan bersenjata di sekitar ibu…










