Bomba selamatkan dua kanak-kanak terperangkap dalam kereta ibu - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan dua kanak-kanak terperangkap dalam kereta ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang wanita berusia 27 tahun berdepan detik cemas apabila dua anaknya yang masih kecil terperangkap kira-kira 35 minit dalam kereta miliknya di Taman Idaman Villa dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Ibyfirash Iskandar Ibyhasrat, 2, dan Nur Aisyah Qhadeeja Ibyharhasrat, 1, terperangkap dalam sebuah kereta jenis Proton Satria Neo ketika dibawa pulang ke rumah oleh ibunya dari sebuah taska.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Syazwan Saidy berkata, kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan oleh pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bomba menerima panggilan kecemasan daripada ibu mangsa kira-kira pukul 6.51 petang. Seramai enam pegawai dan anggota dikerahkan memberi bantuan.

“Kami berjaya membuka pintu kereta itu menggunakan peralatan khas dalam tempoh kira-kira lima minit selepas tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Syazwan berkata, ibu mangsa memaklumkan, sebelum kejadian dia mengambil kedua-dua anaknya itu di sebuah taska di Taman Idaman Villa selepas pulang dari bekerja.

Katanya, wanita itu kemudian memasukkan kanak-kanak itu ke dalam keretanya sebelum mendakwa pintu kenderaan itu tiba-tiba gagal dibuka dari luar dengan keadaan enjin masih hidup.

“Dia dan beberapa guru taska cuba membuka pintu itu, namun gagal lalu menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini