Bom ikan: 30 kes tangkapan sejak Januari - Utusan Malaysia

Bom ikan: 30 kes tangkapan sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai – Sebanyak 30 kes tangkapan telah dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) di bawah kesalahan Akta Perikanan 1985 dan Akta Bahan Letupan 1957 bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, pihaknya memandang serius dengan kedua-dua kesalahan ini kerana ianya bukan sahaja berbahaya kepada pelaku tetapi juga menyebabkan kemusnahan ekosistem dan juga aktiviti-aktiviti skuba di sekitarnya.

“Bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2019, sebanyak 23 kes dicatatkan di bawah Akta Perikanan iaitu memiliki barang bahan letupan dengan tujuan untuk menangkap ikan seperti detanator, baja amonia, kompresor dan peralatan lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita turut mencatatkan tujuh kes di bawah Akta Bahan Letupan 1957 dan merampas barangan bernilai RM100,113,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Pajeri, operasi mengesan dan menangkap akan diteruskan dengan melaksanakan operasi di seluruh perairan Sabah iaitu dari perairan Labuan hingga ke perairan Tawau, Sabah.

Jelasnya, pihaknya juga sentiasa berusaha dalam menjaga keamanan serta mengawal perairan negara termasuk berganding bahu dengan jabatan atau agensi lain dengan mengadakan operasi bersepadu untuk membendung jenayah pengeboman ikan di perairan Sabah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini