AWANG menjunjung kasih di atas keprihatinan Raja-raja Melayu menasihati rakyat Malaysia menghentikan segera penyebaran fitnah yang boleh membawa perbalahan jika tidak dibendung. Fitnah sememangnya perbuatan bahaya. Ia boleh dianggap menjadi salah satu punca yang boleh menyebabkan negara huru-hara. Perbuatan ini semakin menjadi-jadi sejak tercetus ledakan teknologi maklumat khususnya apabila adanya laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Apa yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah menjadi bukti bagaimana terdapat terlalu banyak berita tidak benar atau fitnah disebarkan sehingga ia akhirnya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Oleh itu gejala …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya