NEW DEHLI 29 Julai- Populasi harimau liar di India meningkat hampir 30 peratus, sejak empat tahun lalu, kata pihak berkuasa, hari ini, dalam kemenangan usaha negara itu menyelamatkan haiwan terancam terbabit.
AFP yang memetik laporan All India Tiger Estimation 2018 mendapati, sebanyak 2,226 ekor harimau dilaporkan pada 2014 berbanding 2,967 pada tahun lalu.
Sambil menyifatkannya sebagai pencapaian bersejarah, Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata, mereka berjaya mencapai sasaran strategi pemuliharaan inovatif mampu mengekang penyusutan jumlah harimau di negara itu. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











