LONDON – Rafa Benitez sah dilantik sebagai pengurus baharu kelab Liga Super China, Dalian Yifang selepas meninggalkan Newcastle.
Benitez meninggalkan Newcastle pada minggu lalu selepas gagal mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak lanjutan.
Jurulatih dari Sepanyol itu memberitahu pemilik kelab, Mike Ashley dan lembaga pengarah Newcastle tidak berkongsi visi dengannya.
Bekas jurulatih Liverpool itu menyertai kelab dari China dengan nilai 12 juta pound (RM62 juta) setahun.
“Saya mahu kekal namun saya tidak mahu menandatangani kontrak lanjutan semata-mata kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada projek kelab.
“Malangnya jelas saya dan pengurusan atasan kelab tidak berkongsi visi yang sama.
“Saya amat sedih namun saya tidak menyesal sebaik sebaik sahaja membuat keputusan ini dan saya berbangga dengan apa yang kami telah capai bersama,” katanya. – AGENSI











