Barcelona nekad sambar Griezmann - Utusan Malaysia

Barcelona nekad sambar Griezmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann dijangka di­umumkan sebagai pemain Barcelona dalam masa terdekat selepas pasukan gergasi Sepanyol itu bersetuju untuk mengaktifkan klausa pelepasan berjumlah €120 juta (RM562.07 juta).

Laporan media tempatan mendakwa perjanjian yang dijalankan oleh kedua-dua musuh tradisi itu berjalan dengan sempurna yang mana Griezmann secara sukarela mahu menyertai Barcelona.

Pemain antarabangsa Pe­rancis itu sudah dua musim dikaitkan dengan Barcelona. Pada musim lalu, dia hampir menyertai skuad bimbi­ngan Ernesto Valverde itu, namun berubah fikiran pada saat akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ini pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan memohon kepada Atletico supaya membenarkan dia menyertai Barcelona kerana beranggapan pasukan berkenaan merupakan skuad yang berpotensi tinggi untuk membantunya meraih trofi kejuaraan.

Dia yang turut menjadi nadi penting kepada skuad Perancis dalam merangkul kejuaraan Piala Dunia 2018 akan menerima gaji sebanyak £15 juta (RM78.64 juta) semusim menerusi kontrak selama lima tahun.

Pada musim lalu, Griezmann telah meledakkan 21 gol selain turut mencetak 10 bantuan gol dalam 48 penampilan bersama skuad utama, namun kecemerlangan yang dipamerkan itu masih belum cukup untuk membantu skuad Los Rojiblancos menjadi juara liga.

Mereka juga tersingkir pada pusingan suku akhir Liga Juara-Juara kepada Juventus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini