Bantu pekebun kecil getah terlibat industri hiliran - Utusan Malaysia

Bantu pekebun kecil getah terlibat industri hiliran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABIS 8 Julai – Pekebun kecil getah di negara ini ketika ini menghasilkan sekitar 500,000 tan setahun dan jika sebahagian besar jumlahnya digunakan untuk industri hiliran berteknologi tinggi akan memberi keuntungan kepada mereka.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Rosely Kusip berkata, sudah tentu jumlah yang besar mampu dikembalikan kepada pekebun kecil yang sebelum ini berdepan dengan harga harga pasaran getah.

“Di Thailand misalnya, mereka memperuntukkan sekitar 300,000 hingga 500,000 tan setahun untuk membina jalan luar bandar. Bayangkan manfaat yang diperolehi oleh pekebun kecil jika getah dapat digunakan untuk membina jalanraya di negara ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan di kebun seorang pekebun kecil getah di Kampung Tenang di sini hari ini.

Menurut Rosely, hasrat kerajaan mahu menggunakan getah dalam teknologi pembuatan jalan raya sudah tentu bakal memberi manfaat besar kepada pekebun kecil getah walaupun usaha tersebut masih di peringkat kajian.

Jelasnya, standard jalan raya di negara ini ketika ini adalah tinggi iaitu keperluan untuk kelajuan dan mungkin hanya memerlukan sekitar empat tan getah bagi satu kilometer.

Namun katanya, untuk membina jalan kampung yang lebih tertumpu kepada keupayaan menampung berat adalah dilihat lebih sesuai.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Risda sedang menyiapkan satu rangka strategi baharu yang dijangka mampu memacu pekebun kecil getah di negara ini ke arah lebih baik.

Ujarnya, ketika ini pekebun kecil dibantu untuk meningkatkan hasil pengeluaran tetapi belum dibantu secara meluas dalam usaha menambah nilai dalam industri hiliran getah.

“Dalam hal ini Risda harus meneroka peluang-peluang baharu industri getah khususnya yang melibatkan teknologi hiliran bukan sekadar membantu menggalakkan pengeluaran getah semata-mata.

“Jika usaha tambah nilai tidak digerakkan maka pekebun kecil akan terkunci pada satu tahap sedangkan wang itu terletak pada tambah nilai produk hiliran yang terbuka luas,” katanya.

Kata beliau, jika sebelum ini Risda tertumpu usaha membantu pekebun kecil dalam aspek penanaman semula yang ternyata sudah berjaya walaupun belum boleh dikatakan mencapai tahap maksimum, kini tiba masanya Risda bergerak membantu pekebun menambah nilai melibatkan teknologi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini