Bahrain minat Proton X70 - Utusan Malaysia

Bahrain minat Proton X70

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bahrain menyuarakan minatnya untuk mengimport model terbaharu Proton, X70.

“Selain Bahrain, Proton juga boleh memasuki pasaran timur Eropah,” katanya selepas pelancaran Koperasi Harapan Bhd (KHB) hari ini.

Redzuan berkata, beliau sudahpun menyampaikan minat Bahrain itu kepada Proton Holdings, dan terpulanglah kepada syarikat itu untuk mengambil tindakan susulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai usahawan, kita perlu memikirkan cara untuk memanfaatkan pasaran luar negara dan mendapat faedah daripadanya,” katanya.

Mengenai pelancaran KHB, beliau berkata ia akan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan ahli Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa).

“KHB juga akan menawarkan aplikasi e-wallet yang terdiri daripada transaksi digital, ruang pasaran, al-rahnu, promosi, tawaran kredit dan urus niaga terjamin,” katanya.

E-wallet dijangka dilancarkan dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu kelulusan dari pihak berkuasa berkaitan, termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

Redzuan juga berkata, KHB mencadangkan penubuhan kolej keusahawanan untuk meningkatkan kualiti usahawan muda di negara ini.

“Kita mempunyai kira-kira 6.5 juta ahli koperasi di seluruh negara. Saya percaya ini akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan meningkatkan sumbangan ke arah membangunkan ekonomi negara,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini