RAMALLAH – Pegawai kanan Palestin hari ini mengutuk penyertaan wakil Amerika Syarikat (AS) dalam majlis berkaitan penempatan haram Israel yang dikatakan projek arkeologi baharu.
Duta Besar AS ke Israel, David Friedman dan Penasihat White House, Jason Greenblatt antara pegawai AS yang menghadiri majlis dianjurkan City of David Foundation di timur Baitulmuqaddis semalam.
Penganjur menyatakan ia jalan ke tempat suci kuno yang kini berada bawah tanah di terowong menuju ke kuil kedua Yahudi berusia 2,000 tahun.
Memuatkan artikel berkaitan…
Warga Palestin dan aktivis anti-pendudukan melihat ia sebenarnya percubaan Israel untuk mengukuhkan kawalan terhadap timur Baitulmuqaddis Palestin. – AFP











