APM Melaka perlukan aset baharu - Utusan Malaysia

APM Melaka perlukan aset baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka memerlukan beberapa aset baharu seperti kenderaan pacuan empat roda dan motosikal lasak bagi melancarkan lagi operasi bantuan kecemasan serta perkhidmatan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, rata-rata aset yang dimiliki oleh APM Melaka telah uzur dan ada di antaranya tidak dapat dibaiki lagi kerana terlalu usang, namun itu bukan alasan bagi pihaknya untuk tidak terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan agensi lain yang memerlukan bantuan.

Effendy memberitahu Bernama, motosikal lasak diperlukan bagi membolehkan pasukan perubatan APM Melaka memberi rawatan awal kepada mangsa apabila berlaku kemalangan di lebuh raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kini kita hanya mempunyai sebuah motosikal berkuasa tinggi yang ditempatkan di APM Alor Gajah yang akan bertindak segera jika berlaku kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan,” katanya.

Beliau berkata, APM Melaka mengalu-alukan jika ada individu atau syarikat korporat yang sedia untuk menyumbang aset bagi kegunaan APM Melaka.

Mereka yang ingin berbuat demikian boleh terus menghubungi Effendy atau datang ke pejabat APM negeri Melaka. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini