Anwar tidak layak jadi PM - Utusan Malaysia

Anwar tidak layak jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak layak menjadi seorang Perdana Menteri.

Perkara tersebut ditegaskan oleh bekas Ketua Cabang Seputeh, P. Ganapathy yang memulakan inisiatif atau gerakan Asalkan Bukan Anwar Ibrahim (ABAI).

Beliau menyifatkan pemimpin berkenaan mengamalkan sebagai politik perpecahan, nepotisme dan kronisme.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang reformis tidak akan mengamalkan politik berpecah belah untuk kekal berkuasa. Jika beliau boleh memecahbelahkan parti, beliau juga boleh memecahbelahkan negara,” katanya seperti dipetik Star Online hari ini.

PKR sebelum ini memecat keahlian Ganapathy yang didapati melanggar disiplin parti.

Lembaga Disiplin PKR menegaskan Ganapathy telah beberapa kali menyebarkan dan memuat naik di dalam laman sosial berita tidak benar, memfitnah serta membuat sangkaan jahat kepada pemimpin-pemimpin parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini