Anggota berkhidmat 37 tahun terima anugerah Hari Penguat Kuasa MPS Ke-37 - Utusan Malaysia

Anggota berkhidmat 37 tahun terima anugerah Hari Penguat Kuasa MPS Ke-37

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terima Anugerah Khas setelah berkhidmat selama 37 tahun dalam sambutan Hari Penguat Kuasa MPS Ke-37 di Dataran MPS, hari ini.

Perasmian majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua MPS, Datuk Dr. Juhari Ahmad dengan disaksikan oleh Ahli-ahli Majlis MPS dan pengarah-pengarah Jabatan MPS.

Majlis turut dimeriahkan dengan acara pemakaian pangkat kepada Pengarah Jabatan Penguat kuasa dan Keselamatan MPS, Norhayati Ahmad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, sambutan Hari Penguat Kuasa MPS Ke-37 itu diadakan secara besar-besaran melibatkan seluruh kakitangan MPS.

“Seramai 150 anggota penguat kuasa dan 250 kakitangan MPS hadir memeriahkan majlis bagi memperingati penubuhan Jabatan Penguat Kuasa yang telah lama menyumbang khidmat di MPS iaitu selama 37 tahun sejak tertubuhnya Majlis Daerah Gombak.

“Selain itu juga, sambutan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua anggota penguat kuasa MPS bagi meningkatkan lagi keazaman, mutu kerja demi kemajuan dan kecemerlangan MPS,” katanya dalam satu kenyataan.

Sambutan majlis itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya persembahan Tambo Pasukan Tambo Rejimen 502 Askar Wataniah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), demonstrasi tunda kenderaan, perbarisan, kawad senyap, pemakaian pangkat dan pameran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini