PARIS 9 Julai – Syarikat pengeluar kapal terbang Eropah, Airbus akan mengeluarkan arahan meminta beberapa syarikat penerbangan yang menggunakan 25 buah pesawat model A380 untuk memeriksa bahagian sayap.
Hal ini kerana terdapat laporan mengenai kesan retakan ditemukan pada sayap beberapa model pesawat keluaran Airbus.
Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) menegaskan bahawa isu itu boleh menimbulkan masalah yang lebih besar jika tidak ditangani segera. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











