KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, berkata, syarikat itu mahu mencari rakan kongsi dan bukannya persaingan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) serta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu Tan Sri Tony Fernandes dalam hantaran Twitter terbaharunya berkata, pengawal selia dan operator lapangan terbang itu sepatutnya menyokong pemegang kepentingan – syarikat penerbangan dan penumpang – dengan layaran adil. “Kami hanya mahu Malaysia Airports memahami model…










