ALOR SETAR 26 Julai – Sebanyak 80 kilogram sosej babi yang cuba diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Durian Burung, Padang Terap, baru-baru ini. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri, Lily Rosalind berkata, rampasan itu adalah hasil penahanan sebuah lori oleh kakitangannya pada 19 Julai lalu. Katanya, pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen sah dikeluarkan MAQIS dan sijil kesihatan veterinar dari negara asal. “Negara kita melarang pengimportan daging babi dari China, Thailand,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya