51,400 hartanah tidak terjual di Johor bernilai RM36 bilion - Utusan Malaysia

51,400 hartanah tidak terjual di Johor bernilai RM36 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 2 Julai – Sebanyak 51,400 unit hartanah dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM36 bilion di negeri ini masih belum terjual sehingga suku pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu merangkumi semua jenis hartanah dalam semua bangunan yang siap dibina, dalam pembinaan dan belum dibina.

“Daripada jumlah itu, servis apartment merekodkan jumlah tertinggi dengan 30,127 unit dianggarkan harga RM21 bilion tidak terjual diikuti harta kediaman, 17,462 unit melibatkan nilai lebih RM10 bilion,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan Yeo Tun Siong (PH Pekan Nanas) yang bertanyakan mengenai tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah lambakan hartanah tidak terjual serta jumlah.

Dzulkefly berkata, Johor Bahru merupakan daerah paling tinggi daripada segi statistik harta tidak terjual iaitu 76.46 peratus bagi harta kediaman, servis apartment (99.7 peratus), kedai (65.11 peratus) dan harta industri (81.4 peratus). – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×