PARIS 29 Julai- Tiga terbunuh dalam insiden tembak-menembak melibatkan kumpulan mafia bersenjatakan pistol di bandar raya Ollioules selatan negara itu, lewat malam tadi.
AFP melaporkan, salah mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita berusia 57 tahun yang sedang membonceng motosikal ketika kejadian.
Dua lagi yang terbunuh adalah anggota kumpulan mafia yang dipercayai antara kartel dadah terbesar di Perancis.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jurucakap polis memberitahu, pihaknya menahan beberapa anggota penjenayah itu namun dua daripada mereka berjaya melarikan diri. -AFP











