3 penyelam maut akibat bom ikan - Utusan Malaysia

3 penyelam maut akibat bom ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Dua penyelam dari China dan seorang jurulatih selaman tempatan maut dipercayai akibat bom ikan di perairan Semporna petang ini. Difahamkan, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa sedang melakukan selaman apabila bom ikan yang dibaling nelayan tempatan meletup dan mengenai mereka. Pegawai Daerah Semporna, Bianus Kontong berkata, beliau telah dimaklumkan tentang perkara itu oleh pegawainya. “Kami masih mendapatkan maklumat lanjut daripada polis dan juga identiti mangsa,” katanya ketika dihubungi. Pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan tentang insiden berkenaan.- UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN