2,063 individu ditahan dalam operasi gempur sarang penagih dadah - Utusan Malaysia

2,063 individu ditahan dalam operasi gempur sarang penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Seramai 2,063 individu ditahan dalam satu ‘Operasi Icebreaker’ yang dijalankan secara serentak di 117 sarang penagihan dadah di seluruh negara yang bermula pada tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kesemuanya yang ditahan terlibat dengan kesalahan membekalkan, memiliki dan positif dadah mengambil dadah.

“Terdapat beberapa individu ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK)  serta memiliki waran tangkap berkaitan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada jumlah tersebut, seramai 152 individu ditahan kerana mengedar dadah, 82 individu di bawah LLPK, 407 individu (memiliki), 1,392 individu (positif dadah) dan 30 individu  mempunyai waran tangkap,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Semenyih di sini hari ini.

Mohd. Khalil menambah, polis turut merampas pelbagai jenis dadah dalam operasi tersebut.

“Sebanyak 319.15 gram(g) dadah syabu, ketamin (0.9g), 18 biji pil Erimin 5 dan 233 biji pil Yaba.

“Turut dirampas, ganja (78g), heroin(613.15g), air ketum (107g) dan daum ketum (11.6 kilogram),” ujarnya.
 
Operasi tersebut dijalankan secara berterusan sehingga 4 Ogos ini dalam usaha untuk melumpuhkan sarang penagihan dan juga sindiket pengedaran dadah di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Khalil turut mengumumkan bahawa JSJN Bukit Aman melancarkan talian hotline yang beroperasi 24 jam untuk membolehkan orang awam menyalurkan maklumat aktiviti berkaitan dadah.

“Kerjasama daripada orang awam amat penting bagi membolehkan tindakan lanjut boleh diambil.

“Talian hotline 012-2087222 ini diwujudkan supaya memudahkan maklumat berbentuk gambar dan teks  dihantar melalui aplikasi WhatsApp terutamanya berkaitan lokasi dan kegiatan yang dijalankan,” katanya.

Menurutnya lagi, orang ramai juga tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka kerana setiap maklumat yang disalurkan dan identiti dirahsiakan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini