200 juta warga AS, Kanada diancam gelombang haba - Utusan Malaysia

200 juta warga AS, Kanada diancam gelombang haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 20 Julai – Fenomena cuaca panas melampau mula melanda hampir kesemua ne­geri di Amerika Syarikat (AS) dengan suhu dijangka meningkat secara mendadak pada hujung minggu ini.

BBC melaporkan, gelombang haba itu boleh menjejaskan kira-kira 200 juta penduduk di beberapa bandar utama termasuk New York, Washington dan Boston serta Midwest.

Di beberapa tempat, suhu boleh mencecah 38 darjah Celsius, selain Kanada turut me­nerima tempias fenoma itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dunia mengalami cuaca paling panas pada Jun tahun ini dengan suhu purata global direkodkan setinggi 16.4 darjah Celsius.

Pada awal bulan ini, negeri Alaska merekodkan suhu paling tinggi, selain keadaan itu juga berlaku di Colorado dan Kansas.

Sehubungan itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) memberi amaran bahawa cuaca panas akan berterusan sehingga hujung minggu ini dan menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Datuk Bandar New York, Bill Blasio mengisytiharkan ‘darurat tempatan’ di bandar raya itu berikutan cuaca panas dan membuka sebanyak 500 pusat bantuan.

Beliau turut mendesak penduduk New York supaya mengambil serius tentang cuaca ketika ini dan kekal dehidrasi.

Di Kanada, amaran cuaca panas dikeluarkan di beberapa wilayah termasuk Quebec, Ontario dan Nova Scotia.

Pakar meteorologi pula meramalkan suhu di bandar Montreal boleh mencecah sehingga 45 darjah Celsius dalam tempoh dua hari akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini