KUALA LUMPUR 20 Julai – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan sebanyak dua buah tangki dan dua lori lima tan di beberapa kawasan pentadbirannya yang terjejas bekalan air, pukul 12 tengah malam tadi.
MPAJ menyalurkan bantuan bekalan air bersih ke Taman Nirwana, Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Taman Tasik Tambahan dan Rumah Kedai Taman Sri Bayu, dekat sini, pukul 12 tengah malam tadi. – UTUSAN ONLINE
MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menyalurkan bantuan bekalan air itu ke Taman Nirwana, Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Taman Tasik Tambahan dan Rumah Kedai Taman Sri Bayu, dekat sini.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pihak kami menyediakan tangki dan lori yang membekal bekalan air bersih ini bagi memudahkan proses pengagihan air kepada penduduk terjejas akibat gangguan air,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE











