2 mangsa pemerdagangan orang diselamatkan - Utusan Malaysia

2 mangsa pemerdagangan orang diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Sarawak berjaya menyelamatkan dua wanita dipercayai warga Filipina yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk dieksploitasi di sebuah premis di Tabuan Tranquillity, Kuching, Sarawak tengah malam kelmarin.

Memetik portal Utusan Borneo, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, serbuan itu dijalankan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Ibu pejabat Polis Kontinjen Sarawak kira-kira pukul 12 tengah malam di sebuah premis tingkat satu rumah kedai.

“Seorang lelaki ditangkap ketika serbuan itu dilakukan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan kedua-dua wanita terbabit berusia lingkungan 20-an manakala suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 19 tahun, bekerja sebagai penjaga kaunter di premis berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007,” ujar Denis.

Selain itu, polis turut merampas dua pasport milik kedua-dua wanita berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini