14 Banduan Tajikistan terbunuh makan roti beracun - Utusan Malaysia

14 Banduan Tajikistan terbunuh makan roti beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUSHANBE 8 Julai – Empat belas banduan dilaporkan terbunuh akibat memakan roti beracun ketika dipindahkan dari penjara di wilayah utara Sogd ke penjara Dushanbe, Norak, semalam.

AFP yang memetik Kementerian Kehakiman Tajikistan sebagai berkata, salah seorang daripada kumpulan banduan itu didapati mengedarkan tiga buku roti dipercayai tercemar ketika kenderaan yang dinaiki 16 banduan itu berhenti.

Katanya, mangsa-mangsa itu terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran selepas mengalami sakit perut dan muntah-muntah, sebaik makan roti tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun hanya dua daripada banduan itu sahaja yang berjaya diselamatkan.

Ekoran itu, kenyataan itu berkata, pasukan pendakwa telah membuka siasatan kerana dipercayai mempunyai unsur jenayah. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini